Thursday, April 29, 2010

Custom Album Shud & Arip





Akhirnya.. sebuah penantian yang panjang berakhir jua. 'Custom Album' Shuhada dan Arif Azrin telah siap.. Resepsi dari akad nikah ke kenduri pihak perempuan di Kepala Batas dan diikuti dengan kenduri pihak lelaki di Kajang, Selangor.. LEGA.. satu jawapan yang mampu aku ucapkan.. dengan kesibukkan kerja dan kekangan masa cukup untuk buatkan aku lebih bersedia untuk 'the next custom Album'.. Apa pun lihat dan komen untuk kebaikan bersama.. Tqvm Shud dan Arip kerana mengambil saya sebagai 'wedding photographer' anda..

Friday, January 29, 2010

2010.. Journey Continue..

Photography.. wedding photography..

Aku mula dari tahun 2006.. sedar tak sedar dah dekat 4 tahun aku dalam bidang ni.. makin lama macam -macam karenah aku dah jumpa.. aku dah kenal mana yang aku nak kena dan mana yang 'appreciate' kerja aku ni.. maaflah kalau ada yang terasa.. tapi rasanya aku tak kisah.. itu semua asam garam dalam 'berniaga'..

Job..

Masih ada dua tiga job yang aku nak kena settlekan.. tapi masa cukup cemburu.. aku sentiasa nak cari masa itu tapi setakat ini aku tewas bila aku berada dirumah.. nak buat ditempat kerja lagi lah tak ada masa.. dan buat kerja kat rumah aku seronok dok layan keletah anak - anak.. tak pun penat seharian ditempat kerja cukup membuatkan aku 'terlena dalam kepenatan'.. aduhai.. adakah faktor masa atau usia.. tapi tekad aku hanya satu.. setiap kerja yang aku terima adalah amanah buat aku.. walaupun hanya untungnya sedikit cuma.. itulah rezeki aku.. aku kena bersyukur dan aku berharap kawan - kawan yang baca blog ini juga bersyukur..

Azam 2010 sebagai photographer?

pastinya aku nak bukak cabang dan peluang untuk orang lain.. dan my first apprantice adalah adik aku sendiri JUNAIDI JAMIL @ BOY.. Farid pernah berkata.. lepas lagi 10 wedding dia boleh dia diminta berdikari.. harap - harap begitulah.. AMIN..

aku stop dulu nanti sambung.. sebarang komen aku terima, sebanrang kritikan aku lapangkan dada.. Sebarang tomahan tolong la simpan kat diri sendiri saja. hehehe