Tuesday, December 1, 2009

Perkahwinan Fairuz & Zali 29/11/09






Resepsi di Lahar Ikan Mati, Kepala Batas, Pulau Pinang. Terima Kasih atas kerjasama kedua mempelai dan ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan.. teringat2 bihun sup dan laksa hari itu..

Sunday, October 25, 2009

Pertunangan Hani, Serdang Selangor






Terima Kasih atas jemputan Pak Long dan Mak Long Sekeluarga ke Majlis Pertunangan Puteri Sulongnya. TQ Pak Long kerana percayakan saya untuk jadi photographer of the day..

Perkahwinan Habibah Pinang Tunggal






Terima Kasih aku ucapkan kat Abang Eiman Photo Media atas perkenalan pengantin ni.
Terima Kasih jugak untuk pengantin yang cukup sporting pada hari tersebut..

Friday, October 23, 2009

Design Dilema..

Satu topik yang selalu menjadi bualan para photographer sekarang ni.. Ramai yang dok tanya macam mana design terbaru dan sebagainya.. satu dilema yang aku rasa sedang aku hadapi sekarang ni. Kenapa? yer la dulu mula - mula ceburi semangat nak design sangat membara.. masa terluang cukup banyak dan aku sampai digelar seorang teman sebagi pakar edit.. terlalu tinggi aku rasa gelaran tu buat aku.. aku penah 'ditegur' jangan terlalu banyak sangat edit sampai menyusahkan diri. aku agak terkejut jugak dengan 'statement itu' tapi akhirnya aku faham.. dan 'teguran' itu datang dari seorang yang berpengalaman.. terima kasih aku ucapkan..

tapi aku jadikan seorang lagi sahabat yang bagi aku lebih pandai bab explore dan edit ni sampai aku anggap dia seorang 'sifu'.. Memang patut aku anggap begitu sebab memang dia sungguh - sungguh dalam kerja dia tu.. aku sendiri yang belajar grafik tak sanggup ikut cara dia tu.. dedikasi yang sangat tinggi.. selalu respek aku kat dia..

Akhir kata aku akan melakukan yang termampu dan seharusnya aku akan puaskan hati client aku.. terima kasih kepada semua client yang mempercayai aku sepanjang penglibatan aku dalam bidang 'wedding photography' ni.. Kepercayaan korang aku doakan dibalas oleh yang Maha Esa.. Amin..

Terima Kasih

Terima Kasih aku ucapkan.. kenapa? kerana korang sabar tunggu aku redirect photopages aku tu ke blog ni.. jenuh jugak aku dok cari macam mana nak lari dari gunakan blog yang ramai dah tahu akan asal usulnya.. ada kawan cakap biarlah diorang bukak blog tu.. bukan ada apa nak jadi pun walaupun diorang tu dah kita tak patut dekati.. tapi aku tekad jihad tak mau join dah photopages tu.. jadi akhirnya aku dimudahkan Ilahi untuk buka blog ni.. Alhamdulillah aku akan update untuk kawan - kawan yang menantikan hasil kerja aku ni.. terima kasih sekali lagi atas kesabaran.. hasil kerja aku tahun ni aku updatekan dalam blog ni.. mungkin aku akan cuba update untuk tahun sebelum - sebelum ni.. InsyaAllah.. Moga Allah Permudahkan..