Friday, January 20, 2012

Perjalanan 2011 - Recap


Sepanjang aku menjadi jurufoto inilah tahun yang JOB foto aku tidak memberangsangkan. Pernah aku tanya kepada teman - teman fotogrpher yang lain tentang JOB yang lebih. Namun mereka juga menghadapi masalah yang sama. Bila diselidik 'cambahan fotographer baru' dan penurunan HARGA DSLR menjadi sebab JOB kami merudum. Aku tak salahkan 'kebanjiran' fotographer ini. Ianya satu persaingan yang sihat yang menjadi 'wake-up call' untuk aku dengan teman - teman untuk mempelbagaikan PROMOSI.

Teknologi sekarang semakin pantas dan kalau nak dikejar orang seusia AKU terasa PENAT. Namun bagi aku PENGALAMAN dan PR tidak mampu untuk dipelajari dengan PANTAS. Semua itu perlu dilalui sendiri untuk mendapat 'sense' yang terbaik. Sebab apa? sebab kita berkecimpung dalam bidang untuk memenangi HATI manusia.. dan bidang ini perlukan SKILL yang tinggi.

Sebut tentang memenangi HATI manusia a.k.a PELANGGAN.. aku baru - baru ini disapa dalam FB oleh seorang pelanggan. Pelanggan yang pernah bertanya untuk mendapat khidmat FOTO WEDDING aku beberapa bulan lepas. Setelah meletakkan HARGA, pelanggan itu diam.. Kemudian selang beberapa minggu Aku dapat jemputan dalam TAG FB, lalu aku menyapa tentang sudahkan dia mendapat juru foto. Jawabnya YA, jadi aku berfikir mungkin ini bukan rezeki aku untuk mendapat JOB dia..

Beberapa hari kemudian aku mendapat mesej dalam inbox mengatakan yang dia tidak berpuas hati dengan layanan fotographer tersebut. Katanya perjalanan fotografinya akan hanya berjalan kurang lebih EMPAT jam (12-3ptg) dan tiada 'OUTDOOR'. Soalan pertama yang aku TANYA kembali padanya ialah berapa RM yang dibayar. So dia jawab sekian - sekian harga (tak perlu aku bagitau cuma yang pasti murah).. aku hanya mampu tersenyum TAWAR sendirian..

Kesimpulannya aku tak salahkan SAPA - SAPA..PERTAMA : Ada SEBAB mengapa Fotograher itu menghadkan DURASI perkhidmatannya sebab nak mengejar sessi fotografi yang lain (cth : akad nikah atau majlis bertunang). Jadi dalam satu hari dia dapat DUA job.. LUMAYAN..
KEDUA : Pengantin seharusnya berbincang dulu dengan photographer apa yang perlu diRAKAMkan dalam perjalanan MAJLIS PERKAHWINAN (Kena belajar ikut kenduri kawan @ membuat bacaan tambahan). Kalau tak dapat jugak, fotographer boleh bantu untuk memberikan IDEA dan menceritakan apa yang bakal dirakamkannya.. INGAT wedding Fotoshot bukan semata - mata untuk mencari photographer yang MENAWARKAN HARGA MURAH.. Tapi HARGA yang BERBALOI untuk MERAKAM DETIK INDAH PERKAHWINAN ANDA..

Fikirkanlah...

Friday, February 11, 2011

JOB 2011




Job 2011 aku bermula dengan menjadi 'replacement photographer' untuk salah seorang teman photographer yang aku kenal.. Alhamdulillah job pertama insyaAllah bukan yang terakhir. Walaupun dalam bulan dua aku dah ada tempahan namun macam kata kawan aku rezeki itu ketentuan ALLAH.. kita tak tau dari mana nak datang. Apa pun aku bersyukur dan aku berdoa kepada photographer yang aku ganti itu akan cepat sembuh.. AMIN..

Thursday, January 20, 2011

Cepatnya MASA

Aku sesungguhnya tak dapat mengejar MASA.. cepat sunggoh aku tak tahu. Sedar - sedar dah 2011.. aku terkedu bila lihat di dalam blog aku dah lama sangat tak update.. aku sedih. Sedih dengan kekalutan dengan FB sampai aku lupa nak update blog aku. Kata orang penang aku "ralit" dengan FB sampai semuanya dalam FB.. aku dah tak perlu menyusun ayat dalam FB.. gambar wedding pun aku update dalam FB. kerja mudah tapi payahnya aku sepatutnya aku tunjukkan hasil kerja itu dalam FB.. Jadi ini azam aku 2011 aku akan selalu update blog ni. Mungkin jugak sebab FB dengar berita 'angin'-nya akan ditutup selepas MAC 2011.. hehehe.. apapun yang penting azam tetap ada.. AMIN..

Thursday, April 29, 2010

Custom Album Shud & Arip





Akhirnya.. sebuah penantian yang panjang berakhir jua. 'Custom Album' Shuhada dan Arif Azrin telah siap.. Resepsi dari akad nikah ke kenduri pihak perempuan di Kepala Batas dan diikuti dengan kenduri pihak lelaki di Kajang, Selangor.. LEGA.. satu jawapan yang mampu aku ucapkan.. dengan kesibukkan kerja dan kekangan masa cukup untuk buatkan aku lebih bersedia untuk 'the next custom Album'.. Apa pun lihat dan komen untuk kebaikan bersama.. Tqvm Shud dan Arip kerana mengambil saya sebagai 'wedding photographer' anda..

Friday, January 29, 2010

2010.. Journey Continue..

Photography.. wedding photography..

Aku mula dari tahun 2006.. sedar tak sedar dah dekat 4 tahun aku dalam bidang ni.. makin lama macam -macam karenah aku dah jumpa.. aku dah kenal mana yang aku nak kena dan mana yang 'appreciate' kerja aku ni.. maaflah kalau ada yang terasa.. tapi rasanya aku tak kisah.. itu semua asam garam dalam 'berniaga'..

Job..

Masih ada dua tiga job yang aku nak kena settlekan.. tapi masa cukup cemburu.. aku sentiasa nak cari masa itu tapi setakat ini aku tewas bila aku berada dirumah.. nak buat ditempat kerja lagi lah tak ada masa.. dan buat kerja kat rumah aku seronok dok layan keletah anak - anak.. tak pun penat seharian ditempat kerja cukup membuatkan aku 'terlena dalam kepenatan'.. aduhai.. adakah faktor masa atau usia.. tapi tekad aku hanya satu.. setiap kerja yang aku terima adalah amanah buat aku.. walaupun hanya untungnya sedikit cuma.. itulah rezeki aku.. aku kena bersyukur dan aku berharap kawan - kawan yang baca blog ini juga bersyukur..

Azam 2010 sebagai photographer?

pastinya aku nak bukak cabang dan peluang untuk orang lain.. dan my first apprantice adalah adik aku sendiri JUNAIDI JAMIL @ BOY.. Farid pernah berkata.. lepas lagi 10 wedding dia boleh dia diminta berdikari.. harap - harap begitulah.. AMIN..

aku stop dulu nanti sambung.. sebarang komen aku terima, sebanrang kritikan aku lapangkan dada.. Sebarang tomahan tolong la simpan kat diri sendiri saja. hehehe

Tuesday, December 1, 2009

Perkahwinan Fairuz & Zali 29/11/09






Resepsi di Lahar Ikan Mati, Kepala Batas, Pulau Pinang. Terima Kasih atas kerjasama kedua mempelai dan ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan.. teringat2 bihun sup dan laksa hari itu..

Sunday, October 25, 2009

Pertunangan Hani, Serdang Selangor






Terima Kasih atas jemputan Pak Long dan Mak Long Sekeluarga ke Majlis Pertunangan Puteri Sulongnya. TQ Pak Long kerana percayakan saya untuk jadi photographer of the day..